Rabu, 18 Februari 2009

penduduk dayak kalimantan


(Hrkh) - Kira-kira 12,000 penduduk keturunan Dayak di Sabah dan Sarawak menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, kata anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Katanya, kemasukan beramai-ramai itu khususnya bersama Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-12, merupakan fenomena baru dalam sejarah politik negara.

"Umum mengetahui masyarakat Dayak merupakan golongan yang paling payah dipujuk, sukar untuk berubah atau bertukar parti tetapi kini boleh berubah," katanya ketika berceramah di Kampung Padang Luas Dalam, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya kemasukan 12,000 orang masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak bersama Pakatan Rakyat merupakan golombang baru yang memberi petanda baik.

Katanya, kehadiran mereka memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional di negeri terbabit.

"Gelombang baru sepatutnya berlaku semasa pilihan raya umum ke-12 lalu tetapi kerana adanya pelbagai penipuan oleh parti pemerintah, Pakatan Rakyat belum dapat memerintah negara.

"Sebagai contohnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu, Abdul Wahid Endut sepatutnya memperolehi majoriti 6,000 undi bukan 2,631 undi andainya tidak berlaku penipuan," katanya.

Beliau juga berkata, sehingga Julai lalu seramai 500,000 pekerja terutamanya di sektor perkilangan telah dibuang kerja akibat kelembaban ekonomi negara.

Beliau menjangka sekurang-kurang seramai 1 juta orang akan kehilangan pekerjaan tahun ini.

Sementara itu Abdul Wahid berkata, semasa berlangsung kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu beliau sering bertembung dengan pemimpin kanan Umno termasuk bekas Menteri Besar Selaagor Dato' Dr Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Dato' Seri Sharizat Jalil,

Katanya, beliau tidak segan bersalaman serta bertanya khabar kepada bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Apabila saya berjumpa Khir Toyo dan Muhamad Taib saya terus memeluk mereka sebagai tanda persahabatan. Dan ketika bertemu Sharizat saya bertanya khabar suaminya yang merupakan bekas rakannya di UPM," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar